SIAPA WAHABI???

Bismillahirahmanirahim,
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Selawat dan salam buat junjungan besar  Nabi Muhammad Sollahulaihiwassalam, ahli keluarga serta sahabat-sahabat Baginda yang mulia.


Dewasa kini, cerita mengenai satu puak ini mula tersebar luas di serata dunia khusus Malaysia. Puak yang ala2 mengikut ajaran Islam dan ajaran Nabi Sollahulaihiwassalam tetapi sebenarnya menolak beberapa amalan baik yang dilakukan sendiri oleh Baginda Sollahulaihiwassalam.

ZIKIR SECARA JAHAR/KUAT DAN BERJEMAAH ADALAH SALAH??

Amalan lazim yang biasanya kita lakukan selepas solat adalah berzikir secara berjemaah sebelum membaca doa. Pak Imam siap guna microphone lagi. Namun begitu puak ini bahkan berkeras dan menyatakan ianya sesat dan bida'ah.

Dalam hadis qudsi, dari Abu Hurairah RA Rasulullah Sollahulaihiwassalam bersabda : Allah berfirman ;
اَنَا عِنْدَ ظَنِّ عَبْـدِي بِي, وَاَنَا مَعَهُ حِيْنَ يَذْكـرُنِي, فَإنْ ذَكَرَنِي فِي نَفْسِهِ ذَكَرْتُهُ فِي نَفْسِي وَإنْ ذَكَرَنِي فِي مَلاَءٍ ذَكَرْتُهُ فِي مَلاَءٍ خَيْرٍ مِنْهُ وَإنِ اقْتَرَبَ اِلَيَّ شِبْرًا اتَقَرَّبْتُ إلَيْهِ ذِرَاعًا وَإنِ اقْتَرَبَ إلَيَّ ذِرَاعًا اتَقـَرَّبْتُ إلَيْهِ بَاعًـا وَإنْ أتَانِيْ يَمْشِيأتَيْتُهُ هَرْوَلَة.
“Aku ini menurut prasangka hambaKu, dan Aku menyertainya, dimana saja ia berdzikir pada-Ku. Jika ia mengingat-Ku dalamhatinya, maka Aku akan ingat pula padanya dalam hati-Ku, jika ia mengingat-Ku didepan umum, maka Aku akan mengingatnya pula didepan khalayak yang lebih baik. Dan seandainya ia mendekatkan dirinya kepada-Ku sejengkal, Aku akan mendekatkan diri-Ku padanya sehasta, jika ia mendekat pada-Ku sehasta, Aku akan mendekatkan diri-Ku padanya sedepa, dan jika ia datang kepada-Ku berjalan, Aku akan datang kepadanya dengan berlari”. (HR. Bukhori  Muslim, Turmudzi, Nasa’i, Ibnu Majah dan Baihaqi).

Jelas Allah tidak melarang sedikit pun untuk berzikir secara jahar yakni kuat. Bahkan, semasa kita tawaf juga kita lakukan zikir kepada Allah secara jahar. Kenapa semasa tawaf boleh? Tapi kalau ada majlis zikir, ianya dilarang?? Kenapa?? Inilah agenda puak WAHABI. Jadi mahu mengenali mereka lagi boleh ke blog2 tersebut. 

https://universalsyahadah.wordpress.com/2018/02/22/berjaga-jaga-fahaman-wahabi-menenggelamkan-kekuatan-islam-dan-iman-sebenar/

http://bayukhatulistiwa.blogspot.my/2018/02/bahaya-fahaman-wahabi.html?m=1

http://khazanahakhirat.blogspot.my/2018/02/bahaya-wahabi-hapuskan-cinta-kepada-nabi.html?m=1

Comments

Popular posts from this blog

SAAT MENGENALI YM SHEIKH ISMAIL KASSIM