SIAPA WAHABI???
Bismillahirahmanirahim, Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad Sollahulaihiwassalam, ahli keluarga serta sahabat-sahabat Baginda yang mulia. Dewasa kini, cerita mengenai satu puak ini mula tersebar luas di serata dunia khusus Malaysia. Puak yang ala2 mengikut ajaran Islam dan ajaran Nabi Sollahulaihiwassalam tetapi sebenarnya menolak beberapa amalan baik yang dilakukan sendiri oleh Baginda Sollahulaihiwassalam. ZIKIR SECARA JAHAR/KUAT DAN BERJEMAAH ADALAH SALAH?? Amalan lazim yang biasanya kita lakukan selepas solat adalah berzikir secara berjemaah sebelum membaca doa. Pak Imam siap guna microphone lagi. Namun begitu puak ini bahkan berkeras dan menyatakan ianya sesat dan bida'ah. Dalam hadis qudsi, dari Abu Hurairah RA Rasulullah Sollahulaihiwassalam bersabda : Allah berfirman ; اَنَا عِنْدَ ظَنِّ عَبْـدِي بِي, وَاَنَا مَعَهُ حِيْنَ يَذْكـرُنِي, فَإنْ ذَكَرَنِي فِي نَفْسِهِ ذَكَرْتُهُ فِي نَفْس