Posts

SIAPA WAHABI???

Image
Bismillahirahmanirahim, Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam buat junjungan besar  Nabi Muhammad Sollahulaihiwassalam, ahli keluarga serta sahabat-sahabat Baginda yang mulia. Dewasa kini, cerita mengenai satu puak ini mula tersebar luas di serata dunia khusus Malaysia. Puak yang ala2 mengikut ajaran Islam dan ajaran Nabi Sollahulaihiwassalam tetapi sebenarnya menolak beberapa amalan baik yang dilakukan sendiri oleh Baginda Sollahulaihiwassalam. ZIKIR SECARA JAHAR/KUAT DAN BERJEMAAH ADALAH SALAH?? Amalan lazim yang biasanya kita lakukan selepas solat adalah berzikir secara berjemaah sebelum membaca doa. Pak Imam siap guna microphone lagi. Namun begitu puak ini bahkan berkeras dan menyatakan ianya sesat dan bida'ah. Dalam hadis qudsi, dari Abu Hurairah RA Rasulullah Sollahulaihiwassalam bersabda : Allah berfirman ; اَنَا عِنْدَ ظَنِّ عَبْـدِي بِي, وَاَنَا مَعَهُ حِيْنَ يَذْكـرُنِي, فَإنْ ذَكَرَنِي فِي نَفْسِهِ ذَكَرْتُهُ فِي نَفْس

SAAT MENGENALI YM SHEIKH ISMAIL KASSIM

Image
Bismillahirohmanirahim, Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad Sollahulaihiwassalam serta Ahlul Bayt Baginda yang mulia. PERTEMUAN PERTAMA Menyingkap detik pertemuan aku dengan insan ini merupakan satu memori indah dan nikmat besar Allah kurniakan. Tidak pernah aku berasa begitu teruja saat pertama kali menatap wajah beliau apatah lagi mendengar bait bicara beliau mengenai kalimah mulia, LailahaillaAllah. Insan ini bukanlah Ustaz yang selalu kutemu wajahnya di kaca TV. Bahkan sebelum ini kalau aku berjumpa dengan Ustaz Ustazah TV, tidak pernah aku rasa teruja. Biasa..biasa sahaja. Itulah berkat ilmu agung, kalimah Syahadah, ilmu Allah yang dibawanya. Dia adalah guruku, Sheikh Dr Ismail Haji Kassim. Insan penuh tawaduk dan berjiwa besar. Aku diperkenalkankan mengenai kewujudan ilmu rukun Islam pertama ini oleh sahabat solehahku di Johor. Dia hanya mengajak aku dan beberapa rakan yang lain untuk mempel